Isnin, 18 April 2016



Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.

Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh  negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.

Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.



Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.

Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan.

4 ulasan:

  1. terima kasih bagi info berguna.

    BalasPadam
  2. Salam..nk tnya,apa nama bahan kimia yg digunakan untuk membantu proses penghancuran kertas sitar semula?

    BalasPadam
  3. CASINO BANDE-CASINO-EX | The JTM Hub
    CASINO BANDE-CASINO-EX | The JTM 양산 출장안마 Hub has teamed up 서울특별 출장안마 with CASINO BANDE-CASINO for an 김포 출장마사지 exclusive online gaming experience in 김해 출장안마 a 강릉 출장안마 unique environment

    BalasPadam